MOMENTS TO CHERISHED

Daisypath Anniversary tickers

INDESCRIBABLE MIRACLES

Lilypie Second Birthday tickers

Friday 15 July 2011

:: Amalan Sebelum Tidur ::



UNTUK DIAMALKAN SELALU SEBELUM TIDUR


Satu masa ketika Rasullullah SAW berada di Madinah, beliau pernah bersabda kepada Imam Ali Bin Abi Talip mengenai LIMA WASIAT. Sabda baginda, “Ya Ali, janganlah engkau tidur kecuali engkau kerjakan dahulu LIMA masalah ini iaitu:


1-      Janganlah engkau tidur kecuali engkau baca Al-Quran kesemuanya.
2-      Janganlah engkau tidur kecuali engkau bersedekah dahulu 4 ribu darham
3-      Janganlah engkau tidur kecuali engkau ziarah dahulu Ka’abah
4-      Janganlah engkau tidur kecuali engkau jaga dahulu tempat mu di syurga
5-      Janganlah engkau tidur kecuali engkau minta redanya musuh-musuh mu terlebih dahulu.


Ketika Saidina Ali mendengar ini, dia merasa bingung dan terpegun lalu bertanya kepada Rasullullah SAW.  Dan bagaimana mengamalkan hal itu ya Rasullullah??? Maka Rasullullah pun bersabda:


1-      MEMBACA AL-QURAN KESEMUANYA:
Hai Ali tidakkah engkau mengetahui apabila engkau membaca
“QUL HUWALLAH HU AHAD……..”
 sebanyak 3 kali bererti engkau telah membaca Al-Quran kesemuanya.


2-      BERSEDEKAH 4 RIBU DARHAM:
Hai Ali apabila engkau membaca surah AL-FATIHAH sebanyak 4x bererti sesungguhnya engkau telah bersedekah  4 ribu darham.


3-      ZIARAH KA’ABAH:
Hai Ali apabila engkau sebelum tidur membaca:
“LA ILLA HA ILLAH HU WAHDAHU LA SARIKALLAH LAHUL MULKU WALAHUL HAMDU YUHYII WAYUMITU WAHUWA KULLI SHAI INQADIR”
sebanyak 10x bererti pahalanya sama dengan ziarah Ka’abah.


4-      PELIHARA TEMPAT MU DI SYURGA:
Ya Ali apabila engkau sebelum tidur membaca:
“ LAA HAWALA WALAQUATTA ILLA BILLAH HILALIL AZIIM”
sebanyak  10x bererti sesungguhnya engkau telah menjaga tempatmu di syurga.


5-      MINTA REDA KEPADA MUSUH-MUSUH:
Hai Ali apabila engkau membaca:
“ASTAGAFIRRULLAH ALAZIIM ALLAZI LAA ILLA HA ILLALLAH HU WAL HAIYUL QAYYUM WA’ATUBU ILLAIEH”
Sebanyak 10x bererti engkau telah redakan musuh-musuh mu.








l o v e
~mommaSUFI~

No comments:

Post a Comment